Sunday, 17 September 2017

ORGANISASI KEPIMPINAN DAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH SIMPANAN PERUMAHAN BUMIPUTERA KG. BUNDU TUHAN[1]
BUDI ANTO MOHD TAMRING

Tinggalkan pangkat dan status di Tenompok
sebelum masuk ke Kg. Bundu Tuhan (Johnny Ghani 22 Ogos 2013)

Pengenalan
Ungkapan di atas merupkan satu frasa yang sering kali digunakan oleh penduduk Kg. Bundu Tuhan dan dijadikan falsafah dalam kehidupan seharian mereka. Tujuannya untuk memberi peringatan kepada sesiapa sahaja sama ada penduduk kampung atau orang luar yang ingin datang ke Bundu Tuhan agar tidak menjangkakan layanan yang istimewa berdasarkan status mereka. Falsafah ini telah diterima pakai sejak sekian lama dan diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Asas kepada pelaksanaan falsafah ini adalah agar penduduk kampung akan merasa selesa bergaul dan berinteraksi kepada sesiapa sahaja yang datang ke Kg. Bundu Tuhan tanpa memikirkan soal pangkat dan status.

Tenompok merupakan nama tempat yang juga merupakan sempadan dan laluan utama untuk ke Kg. Bundu Tuhan. Ini bermakna, sesiapa sahaja yang datang ke Kg.Bundu Tuhan perlu melupakan pangkat dan status apabila sampai di sempadan kampung (Tenompok) dan seterusnya ke dalam kampung. Ungkapan tersebut sudah tentunya memberikan gambaran yang agak berbeza dalam masyarakat yang lain di Sabah dan umumnya di Malaysia yang lebih bersifat mementingkan pangkat, gelaran dan status atau bersifat protokol mengikut kedudukan seseorang dalam masyarakat. Ungkapan tersebut juga menggambarkan bahawa penduduk Kg.Bundu Tuhan mempunyai satu keunikan jika dibandingkan dengan kawasan yang lain. Keunikan tersebut merangkumi peraturan-peraturan yang mereka bentuk sendiri dan perlu diikuti oleh komuniti Bundu Tuhan dan orang luar yang datang ke Bundu Tuhan walaupun peraturan tersebut tidak digunapakai di kawasan-kawasan lain di Malaysia.

Oleh yang demikian, perbincangan dalam bab ini secara umumnya akan menjelaskan tentang organisasi kepimpinan dan sistem pentadibiran Kg. Bundu Tuhan. Organisasi kepimpinan dan sistem pentadbiran tersebut merangkumi jawatankuasa pengurusan kampung yang ditubuhkan untuk mengurustadbir cadangan peraturan dan pelaksanaan peraturan-peraturan yang telah dipersetujui bersama.

Latar belakang Organisasi Pentadbiran Bundu Tuhan Secara Umum
Bundu Tuhan merupakan kampung yang termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kundasang dan dalam Kawasan Parlimen Ranau. Kampung ini mempunyai penduduk lebih kurang 3000 lebih orang dan merupakan kawasan perkampungan penduduk etnik Dusun (Temubual dengan Johnny Ghani,  23 Ogos 2013). Secara keseluruhannya masyarakat Dusun yang menghuni kampung ini adalah beragama Kristian tetapi sebahagian kecil masyarakat di kampung ini ada juga yang beragama Islam. Penduduk yang beragama Islam di kampung ini lebih kurang 6 hingga 7 buah keluarga (Temubual dengan Pembantu Imam Surau Kg.Bundu Tuhan, 24 ogos 2013). Masyarakat di kampung ini mempunyai sistem perundangan sendiri yang telah digunapakai sebagai undang-undang adat sejak dahulu lagi dan dilindungi mengikut enakmen perundangan anak negeri di Sabah.

Pentadbiran kampung kebiasaannya akan diurus oleh Ketua Kampung (KK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Masalah masyarakat sama ada adat mahupun hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dan pembangunan kampung akan dirujuk kepada Ketua Kampung dan JKKK untuk diselesaikan. Peranan KK dan JKKK juga wujud dalam sistem pentadbiran Kg. Bundu Tuhan tetapi turut dibantu atau dipantau oleh beberapa pemimpin lain melalui jawatankuasa pentadbiran yang ditubuhkan. Sistem pentadbiran Kg. Bundu Tuhan dikenali sebagai sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan.

Struktur Kepimpinan Kg. Budu Tuhan
Secara umumnya struktur kepimpinan kampung-kampung di Sabah kebiasaanya melibatkan beberapa orang ketua yang dikenali sebagai Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung (KK) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Kampung Bundu Tuhan juga ditadbir dan diuruskan oleh pemimpin-pemimpin yang disebutkan di atas dengan dibantu oleh jawatankuasa lain yang dibentuk. Bahagian ini akan menjelaskan latarbelakang pemimpin-pemimpin kampung Bundu Tuhan sejak kampung ini ditubuhkan sehingga ke hari ini.


Ketua Anak Negeri (KAN)
Ketua Anak Negeri adalah ketua pemegang adat istiadat Anak Negeri di kampung atau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat lantikan. KAN memastikan adat istiadat dan budaya komuniti  di kawasannya dihormati. Sebarang pelanggaran adat akan dikenakan penalti atau denda menurut enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 Pindaan 1995 (Temubual dengan Joseph Sangau, 19 Jun 2014).

Jadual 1: Senarai Ketua Anak Negeri Kampung Bundu Tuhan, Ranau
Bil
Nama Ketua Anak Negeri
Tahun Berkhidmat
Kawasan
01
Kombiong
1926 – 1927
Bundu Tuhan
02
Gaid B. Lantaid
1927 - 1928
Bundu Tuhan
03
Lontou B. Rambangan
1929 – 1932
Bundu Tuhan
04
Gilong B. Kubud
1933 - 1934
Bundu Tuhan
05
Dassim B. Guntat
1934 - 1942
Bundu Tuhan
06
Daransun B. Bingko
1942 - 1947
Bundu Tuhan
07
Gunting B. Lagadan
1948 - 1953
Bundu Tuhan
08
Gisil B. Koting
1954 - 1975
Bundu Tuhan
09
A.Tiam B. Sinusun
1976 - 1985
N.16 Kundasang
10
Ansow B. Langgoi
1986 - 2002
N. 29 Kundasang
11
Joseph Abbie B. Yundok
2003 - 2006
N. 29 Kundasang
12
Joseph Sangau B. Sariman
15.5.2007 – sekarang
N. 29 Kundasang
Sumber:           Senarai Ketua Anak Negeri Bundu Tuhan Ranau diperolehi daripada Joseph Sangau 19 Jun 2014.        

Sistem pelantikan Ketua Anak Negeri adalah mengikut lantikan daripada pempimpin. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini bermakna pelantikan Ketua Anak Negeri adalah berdasarkan lantikan politik. Kg. Bundu Tuhan mempunyai seorang Ketua Anak Negeri. Terdapat seramai 12 orang Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik sejak Kg. Bundu Tuhan wujud sehingga kini. Ketua Anak Negeri yang dilantik sejak tahun 1962 sehingga tahun 1975 adalah atas lantikan kawasan Bundu Tuhan. Selepas tahun 1975, Ketua Anak Negeri telah dilantik atas nama kawasan Dewan Undangan Negeri Kundasang. Perubahan nama kawasan ini kebiasaannya bergantung dengan perubahan persempadanan atau perubahan nama kawasan mengikut sempadan politik. Walau bagaimanapun, menurut Johnny Ghani, perlantikan Ketua Anak Negeri selain lantikan langsung dari YB juga boleh berlaku atas cadangan komuniti. Pelantikan Ketua Anak Negeri juga pernah dibuat secara undian ketika zaman A. Tiam B. Sinusun (Temubual dengan Johnny Ghani 28 Mac 2015).

KAN Joseph S
Gambar 1: En. Joseph Sangau Sariman, Ketua Anak Negeri 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN)
Wakil  Ketua Anak Negeri akan bertindak sebagai Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung sekiranya ketiadaan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung (Temubual dengan Joseph Sangau, 19 Jun 2014). Berikut adalah senarai nama WKAN yang pernah dilantik di Bundu Tuhan sehingga kini;
1.         En. Ghani Muntu                                                        1976-1985
2.         En.  Patrick Sapiun Ramitan                                       1987-2015                              

Menurut KAN Joseph Sangau, Kg. Bundu Tuhan sehingga kini hanya mempunyai dua orang Wakil Ketua Anak Negeri. Wakil Ketua Anak Negeri juga dilantik oleh ADUN dan berperanan penting dalam hal-hal pentadbiran Kg. Bundu Tuhan khususnya yang berkaitan adat istiadat seperti peranan yang dimainkan oleh Ketua Anak Negeri dan juga Ketua Kampung. Peranan khusus Wakil Ketua Anak Negeri adalah bertindak sebagai ketua adat apabila Ketua Anak Negeri tiada atau Ketua Anak Negeri belum dilantik (boleh berlaku sekiranya KAN letak jawatan, berlaku kematian KAN atau KAN tidak dapat hadir pada ketika berlakunya perbicaraan mengenai adat). Demikian juga WKAN akan bertindak sebagai ketua adat di kampung-kampung tertentu sekiranya Ketua Kampung tiada atau Ketua Kampung belum dilantik. (boleh berlaku sekiranya Ketua Kampung letak jawatan, berlaku kematian Ketua Kampung atau Ketua Kampung tidak dapat hadir pada ketika berlakunya perbicaraan mengenai adat di sesebuah kampung).
WKAN Patrick Sapiun Ramitan
Gambar 2: En. Patrick Sapiun Ramitan, Wakil Ketua Anak Negeri 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

Ketua Kampung (KK)                                 
Ketua Kampung di Bundu Tuhan pula berperanan menjaga keharmonian komuniti dan adat istiadat di kawasannya. Jika pelanggaran adat itu dikategorikan ringan maka Ketua Kampung di kawasan berkenaan yang menyelesaikannya tetapi jika sebaliknya, kes itu akan dibawa ke Balai Adat Kg. Bundu Tuhan di hadapan panel hakim Adat yang terdiri daripada KAN, WKAN, dan Ketua-Ketua Kampung (Temubual dengan Joseph Sangau, 19 Jun 2014). KAN, WKAN dan KK merupakan pemimpin-pemimpin yang bertanggung jawab ke atas adat masyarakat dan dikenali juga sebagai Pemegang-pemegang Adat. Pemegang-pemegang Adat ini akan bersidang pada tarikh 2 hari bulan setiap bulan (Temubual dengan Joseph Sangau,19Jun 2014). Ini bermakna persidangan untuk Pemegang-pemegang adat ini akan berlangsung sebanyak 12 kali setahun.

Kawasan Kg.Bundu Tuhan mempunyai lapan orang Ketua Kampung. Keadaan ini menunjukkan Kg.Bundu Tuhan mempunyai keunikan tersendiri berbanding kampung-kampung di Malaysia. Kg. Bundu Tuhan dipecahkan kepada tujuh kampung dan setiap kampung diwakili oleh seorang Ketua Kampung dan seorang Ketua Kampung lagi bertindak sebagai ketua kepada semua Ketua Kampung dengan menggunakan gelaran Ketua Kampung Bundu Tuhan.

Sistem pelantikan Ketua Kampung di Bundu Tuhan adalah mengikut tiga kaedah iaitu pelantikan secara undian, pelantikan dari pemimpin (Pejabat Daerah) dan pelantikan secara warisan. Lantikan secara undian adalah lantikan yang dipersetujui oleh penduduk kampung. Bermakna Ketua Kampung yang akan dilantik adalah berdasarkan usul penduduk. Sistem yang kedua adalah lantikan daripada pemimpin (Pejabat Daerah). Lantikan ini biasanya dicadangkan oleh pemimpin di peringkat daerah dan dipersetujui oleh penduduk kampung. Sistem yang ketiga ialah melalui pelantikan secara warisan.

Ketua Kampung akan melantik penggantinya sendiri atau selepas kematian Ketua Kampung, penggantinya akan dilantik dari kalangan ahli keluarga sahaja. Walaupun pelantikan secara warisan ini digunapakai tetapi pelantikan secara warisan ini juga perlu mendapat persetujuan penduduk kampung. Sekiranya penduduk kampung tidak bersetuju bermakna calon lain akan dilantik mengikut persetujuan ramai. Kaedah pelantikan ini berterusan sehingga kini (Temubual dengan Dominic Ganie, 19 Jun 2014).

  Jadual 2: Ketua Kampung Bundu Tuhan
Bil
Nama
Tahun Berkhidmat
01
En. Sinusun Tumpongan
Tiada rekod
02
En. G.Ghani Dulong        
1994 - 2000
03
En. Sokuil Ladsau 
2000 - Sekarang
Sumber:           Senarai Ketua Kampung Kg. Bundu Tuhan, diperolehi daripada Joseph Sangau 19 Jun 2014 dan Temubual dengan Johnny Ghani 28 Mac 2015
       
Jadual 2 menunjukkan senarai ketua kepada Ketua Kampung Bundu Tuhan. Perlantikan mereka ini adalah  sebagai Ketua Kampung Kg. Bundu Tuhan. Ini bermakna perlantikan mereka  adalah menjadi ketua kepada semua Ketua Kampung, iaitu tujuh orang Ketua Kampung  (Temubual dengan Joseph Sangau,19 Jun 2014).


KK
Gambar 3: En. Sokuil Ladsau, Ketua Kampung Bundu Tuhan 2015
Sumber : Jasmine Arinie Johnny

Perlantikan tujuh orang Ketua Kampung yang lain adalah berdasarkan tujuh kawasan dalam Bundu Tuhan. Kawasan tersebut merangkumi kawasan Gondohon, Tulop dan Paka, Hamad, Kapatahan, Tawo-tawo I dan II, Sokid, Tanga dan Komot.

Jadual 3:        Ketua Kampung yang Pernah Berkhidmat Mengikut Kawasan di Bundu Tuhan
Bil
Kawasan
Nama Ketua Kampung
Tahun Berkhidmat
1
Gondohon
1. En. Kupang
Tiada rekod
2. En. Sidek Sambuling
Tiada rekod
3. En. John Binty
2014 – Sekarang
2
Tulop & Paka
1. En. Gidat
Tiada rekod
2. En. Yunggar Sugagar
Tiada rekod
3. En. Limban Sangkal
Tiada rekod
4. En. Yakun Molondoi
Tiada rekod
5. En. Gopog Gibot
1986 – sekarang
3
Hamad
1. En.  Longgou Kabong
Tiada rekod
2. En. Sinusun Tumpongan
Tiada rekod
3. En. Gopog Godsung
1976 - 2013

Dalam proses lantikan
4
Kapatahan
1. En. Gilong Kubud
Tiada rekod
2. En. Gunting Lagadan
Tiada rekod
3. En. Sumbing Kunad
1962 – sekarang
5
Tawo-tawo I & II
1. En. Balintok Surat                                             
Tiada rekod
2. En. Giling
Tiada rekod
3. En. Sangau Marasan
1976 - 1987
4. En. Radin @ Louis Madili
1989 - sekarang
6
Sokid
1. En. Gongau Mansa
Tiada rekod
2. En. Gantau Gadung
Tiada rekod
3. En. Guasa Gindou
Tiada rekod
4. En. Koyopo Rintingan
Tiada rekod
5. En. Gahun Sabunting
1986 – sekarang
7
Tanga & Komot
1. En. Gunsai
Tiada rekod
2. En. Gungkat
Tiada rekod
3. En. Sumin Giling
Tiada rekod
4. En. Dimis Sumin
2000 – sekarang
Sumber:           Senarai Ketua Kampung Mengikut Kawasan Kg. Bundu Tuhan, diperolehi daripada Joseph Sangau 19 Jun 2014
        
KK
Gambar 4: En. John Binty, Ketua Kampung Gondohon 2015
Sumber : Jasmine Arinie Johnny

kk
Gambar 5: En. Gopog Gibot, Ketua Kampung Tulop & Paka 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

KK
Gambar 6: En. Gopog Godsung, Ketua Kampung Hamad 2013
Telah meninggal dunia dan belum ada lagi pengganti yang dilantik secara rasmi
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

KK
Gambar 7: En. Sumbing Kunad, Ketua Kampung Kapatahan 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny


KK
Gambar 8: En. Radin @ Louis Madili, Ketua Kampung Tawo-tawo I & II 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny




KK
Gambar 9: En. Gahun Sabunting, Ketua Kampung Sokid 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

KK
Gambar 10: En. Dimis Sumin, Ketua Kampung Tanga & Komot 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau ringkasnya JKKK adalah sebuah institusi kepimpinan di peringkat kampung yang diwujudkan ketika pemerintah negara ini berusaha gigih untuk membangunkan sektor luar bandar. Penubuhan JKKK adalah untuk mewujudkan ruang dan memberikan peluang kepada pihak rakyat melibatkan diri dalam proses pembangunan di peringkat kampung. JKKK adalah badan yang bertindak sebagai agen perubahan dan penghubung penting antara pihak kerajaan dan penduduk kampung (Abdullah Mohd Yusof 2003). Kuasa dan tanggungjawab JKKK seperti yang terkandung dalam dokumen BTNRR ialah bertangungjawab terhadap pembangunan, kemajuan dan keselamatan di kawasan JKKK masing-masing. Selain itu berkuasa mendapatkan kelulusan penggunaan dari Jawatankuasa Pemegang Amanah jika pembangunan dan kemajuan tersebut melibatkan kawasan tanah simpanan perumahan bumiputera kampung. Menurut Dominic Ganie, peranan JKKK adalah lebih kepada pembangunan kampung. JKKK Menguruskan projek-projek pembangunan dan secara umumnya berperanan dalam pembangunan dan keselamatan kampung (Temubual dengan Dominic Ganie, 19 Jun 2014).

Jadual 4: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bundu Tuhan
Pengerusi JKKK

Nama
Tempoh
Kg. Bundu Tuhan

En. Willy Kissi Girok
1968 – 1978
En. Intang Kamunta
1978 – 1982
Selepas tempoh ini JKKK Kg. BunduTuhan telah dibahagikan kepada tiga  kawasan
1. Kg. Sokid Bundu Tuhan

En. James Ansun Potoh
1982 – 1988
En. Binty Sanad
1988 – 1992
En. Harun Adam
1992 – 1994
En. James Ansun Potoh
1994 – 1998
En. Johnny Ghani
1998 – 2014
En. Dominic Ganie
2014 – sekarang
2. Kg. Siba Bundu Tuhan
En. Binty Mongko
1982 – 1984
En. Ghani Muntu
1984 – 1986
En. Damianus Andasi Muyuk
1986 – 1994
En. Ghani Muntu
1994 – 1998
En. Geoffrey Sopi
1998 – 2010
En. Ambrose Gunsalam
2010 – 2012
En. Fred Tiam
2012 – 2014
En. Damianus Andasi Muyuk
2015 - sekarang
3. Kg. Gondohon Bundu Tuhan

En. Dikul Simban
1982 – 1984
En. Doinis Soibi
1994 – 1988
En. John Binty
1988 – 1992
En. Dikul Simban
1992 – 1998
En. Sikin Gambud
1998 – 2002
En. John Binty
2002 – 2013
En. Robert Siam
2013 - sekarang
Sumber: Senarai JKKK Bundu Tuhan diperolehi daripada Johnny Ghani, 8 Januari 2015.

Pelantikan JKKK biasanya adalah berdasarkan lantikan politik sama ada lantikan dari Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen ataupun Yang Berhormat (YB) yang kebiasaannya digunakan oleh penduduk sebagai gelaran kepada ahli DUN atau ahli Parlimen yang mewakili kawasan mereka. Sistem pelantikan JKKK di Kg Bundu Tuhan pula mengamalkan pemilihan JKKK berdasarkan cadangan atau usul oleh penduduk kampung kepada YB dan YB akan melantik JKKK yang diusulkan. Walaupun begitu sekiranya terdapat bantahan atau ketidakpuashatian maka undian akan dibuat.

Sistem pelantikan JKKK di Bundu Tuhan walaubagaimanapun telah diubah kepada sistem pilihanraya bermula pada tahun 2014. JKKK pertama yang dilantik berdasarkan pilihanraya ialah En. Dominic Ganie untuk Kg. Sokid dan juga bertindak sebagai JKKK Bundu Tuhan secara keseluruhannya. Mantan JKKK bertindak sebagai urusetia ketika pilihanraya pemilihan JKKK tersebut. Untuk Kawasan Bundu Tuhan terdapat tiga orang JKKK yang dilantik berdasarkan tiga kawasan Bundu Tuhan. Kawasan tersebut ialah Sokid Kapatahan, Siba dan Gondohon. Perlantikan tiga orang JKKK untuk Bundu Tuhan hanya bermula pada tahun 1982. Sebelum itu Kg. Bundu Tuhan hanya mempunyai seorang JKKK sahaja.

Maklumat tentang senarai JKKK yang pernah berkhidmat di Bundu Tuhan seperti dalam Jadual 4 di atas telah dikumpulkan oleh mantan JKKK Johnny Ghani. Maklumat tersebut diperolehi daripada KAN Joseph Sariman, KK Radin Madili, KK John Binty dan maklumat lisan dari beberapa mantan pengerusi JKKK sebelum ini. Menurut Johnny Ghani, oleh kerana tiada dokumen bertulis atau catatan rasmi maka tempoh perkhidmatan pengerusi-pengerusi yang dinyatakan adalah anggaran sahaja. 

PJKKK Dominic Ganie
Gambar 11: En. Dominic Ganie, JKK Kg. Sokid Bundu Tuhan 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny



Gambar 12: En. Damianus Andasi Muyuk JKK Kg. Siba Bundu Tuhan 2015
Sumber: Nelson Justin Adeh

Robert Siam
Gambar 13: En. Robert Siam, JKK Kg. Gondohon Bundu Tuhan 2015
Sumber: Jasmine Arinie Johnny

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
Bundu Tuhan merupakan kawasan yang terletak dalam kawasan Parlimen P179 Ranau. Parlimen Ranau ini hanya diwujudkan pada tahun 2004 dan sebelum itu kawasan Bundu Tuhan termasuk dalam kawasan Parlimen P156 Kinabalu (Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Ranau).

Jadual 5: Ahli Parlimen P.156 Kinabalu dan P179 Ranau
Bil
Nama Ahli Parlimen
Tahun Berkhidmat
Kawasan Pentadbiran
1
Tan Sri Abdul Ghani Gilong
1970 – 1975



Parlimen Kinabalu 156
2
Datuk Mark Koding
1975 – 1985
3
Tan Sri Kasitah Gaddam
1985 – 1990
4
Dr. Othman Minuddin
1990 – 1994
5
Encik Henderinus Amin
1994 – 1999
6
Tan Sri Bernard Dompok
1999 – 2004
7
Tan Sri Bernard Dompok
2004 – 2008

Parlimen Ranau 179
8
Datuk Siringan Gubat
2008 – 2013
9
Datuk Dr. Ewon Ebin
20013 hingga Kini
Sumber: Diubahsuai dari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Ranau
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/ahli/2013/P179.jpg
Gambar 14: Y.B. Datuk Dr. Ewon Ebin, Ahli Parlimen 179 Ranau
Sumber: Portal Rasmi Parlimen Malaysia

Manakala kedudukan Bundu Tuhan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, adalah dalam kawasan DUN Kundasang bermula tahun 1975 sehingga kini. Walaubagaimanapun sebelum tahun 1975, Kg. Bundu Tuhan berada dalam kawasan pentadbiran DUN Ranau. Dari tahun 1963 sehingga tahun 1975 Kg. Bundu Tuhan diwakili oleh ADUN Ranau.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang
Bil
Nama Ahli Dewan Undangan Negeri
Tahun Berkhidmat
Kawasan Pentadbiran
1
Tan Sri Abdul Ghani Gilong
1963 – 1971

DUN Ranau
2
Encik Abdul Ghani Ahmad
1971 – 1976
3
Datuk Maynoor Ginggor
1975 – 1985


DUN Kundasang
4
Datuk Ewon Ebin
1985 – 1999
5
Encik Karim Adam
1999 – 2004
6
Datuk Dr. Joachim Gunsalam
2004 - 2013 hingga kini
Sumber: Diubahsuai dari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Ranau


YB Tuan Dr Joachim Gunsalam
Gambar 15: Y.B. Datuk Dr. Joachim Gunsalam, ADUN 29 Kundasang
Sumber: Laman Web Rasmi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Sistem pemilihan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri kebiasaanya adalah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh parti yang bertanding. Walaupun begitu untuk penduduk Kg. Bundu Tuhan, mereka telah menetapkan syarat kepada calon-calon yang bertanding iaitu calon-calon yang akan bertanding kerusi Parlimen dan DUN ini perlu datang ke Kg. Bundu Tuhan untuk berdialog bersama penduduk kampung. Sesi dialong ini telah dimulakan pada pilihanraya tahun 2008[2] dan 2013 yang lalu. (Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun 2014).

Sesi dialog ini dianjurkan oleh kepimpinan kampung dan seorang perantara atau moderator dilantik dari kalangan pemimpin kampung untuk menjadi urusetia ketika dialog tersebut berlangsung. Calon-calon yang bertanding akan diberikan masa satu jam untuk menyampaikan manifesto mereka dan selepas itu sesi soal jawab diadakan. Permintaan penduduk kampung untuk melihat kemampuan pemimpin yang bertanding dalam sesi dialog merupakan satu cara yang agak baik dan memberikan penduduk peluang untuk menilai kemampuan calon-calon yang bertanding sebelum Pilihanraya Umum berlangsung. Sesi dialog antara calon-calon bertanding merupakan satu budaya baharu dalam politik di Malaysia dan penduduk Kg. Bundu Tuhan dilihat membawa satu budaya politik yang lebih matang dan harus dicontohi oleh penduduk di seluruh Malaysia.

4.0       Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan

Fungsi pemimpin-pemimpin kampung yang telah dijelaskan di atas yang melibatkan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bukan hanya tertakluk dalam kawasan masing-masing tetapi juga terlibat dalam pentadbiran atau pengurusan kampung Bundu Tuhan secara keseluruhan. Kesemua pemimpin tersebut dengan beberapa pemimpin jawatankuasa kampung terlibat dalam menguruskan kampung dan dikenali sebagai Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan.

Rajah 1:           Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan atau BTNRR[3],
Sumber: Diperolehi daripada Johnny Ghani 19 Jun 2014.

Rajah 1 di atas menunjukkan carta organisasi pentadbiran di Kg.Bundu Tuhan yang di kategorikan kepada tiga bahagian utama mengikut hierarki iaitu Ruludan, Boyo’on dan Mosinggo’. Ruludan terletak dalam hierarki yang tertinggi dan juga dikenali sebagai Mesyuarat Permuafakatan. Manakala kategori kedua iaitu Boyo’on pula terbahagi kepada dua, meliputi Jawatankuasa Pemegang Amanah dan Pemegang Adat. Kategori ketiga dalam heirarki pentadbiran Kg Bundu Tuhan ialah Mosinggo’ dan kategori ini melibatkan empat kategori jawatankuasa yang diwujudkan iaitu pertama Jawatankuasa Konservasi, Bombon Hutan, Sungai dan BioBudaya. Kedua adalah Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kampung, Ekonomi dan Pelancongan, ketiga Jawatankuasa Perumahan dan Infrastruktur dan yang keempat Jawatankuasa Padang Ragut, Pertanian dan Penternakan.

Ruludan (Mesyuarat Permuafakatan)
Mesyuarat Permuafakatan merupakan heirarki atau kuasa tertinggi dalam pentadbiran Kg. Bundu Tuhan dan dianggotai oleh 51 orang ahli tetap yang dilantik berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bidang kuasa Mesyuarat Permuafakatan atau Majlis Permuafakatan ialah bertanggungjawab menggubal peraturan-peraturan pelan pembangunan kampung dan pindaan-pindaan atau tambahan mengenainya. Contohnya melulus, meminda dan mentafsir peraturan-peraturan pelan pembangunan kampung dan kandungan protokol Kg. Bundu Tuhan. Selain itu, Majlis Permuafakan ini juga berfungsi melantik, mengesah dan memperaku semua jawatankuasa yang terdapat dalam sistem pentadbiran kampung serta menetapkan kuasa atau had-had kuasa semua jawatankuasa. Contohnya, memperaku dan meluluskan keanggotaan JKPA dan JK pemegang Adat dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya serta apa-apa jawatankuasa yang akan ditubuhkan kemudian. Mesyuarat Permuafakatan juga merupakan rujukan utama mengenai tafsiran-tafsiran dalam protokol Kg. Bundu Tuhan (Dokumen BTNRR, 2015). Mesyuarat Permuafakan akan dibuat bergantung kepada keperluan semasa. Tempoh Perlantikan keanggotan bagi Mesyuarat Permuafakatan adalah seperti berikut;
I.          Pengerusi Mesyuarat Permuafakatan             -           Lantikan selama 3 tahun
II.        Ahli tetap                                                        -           Lantikan selama 3 tahun
III.       Setiausaha dan urusetia                                   -           Lantikan semasa
IV.       Lantikan akan tamat dengan sendirinya jika penyandang meninggal dunia, ditamatkan melalui perakuan Mesyuarat Permuafakatan, disabitkan kesalahan jenayah atau individu berkenaan menarik diri dengan memberi notis berhenti.
V.        Semua jawatankuasa yang dibentuk di bawah Mesyuarat Permuafakatan hendaklah diberi surat pelantikan dan diperbaharui setiap 3 tahun sekali.
VI.       Korum Mesyuarat Permuafakatan adalah dua per tiga dari bilangan ahli tetap (Dokumen BTNRR, 2015)

Jadual 7:  Keanggotaan Dan Bidang Tugas Ruludan (Mesyuarat Permuafakatan)
Keanggotaan
Kriteria
Kuasa Melantik
Ahli tetap - 51 orang

1 orang Pengerusi Mesyuarat Permuafakatan (dipilih dari kalangan ahli tetap semasa mesyuarat persediaan Mesyuarat Permuafakatan)

1 orang Setiausaha
(dilantik )

3 orang urusetia
(dilantik )
1.   AJK Pemegang Amanah 21 orang,
2.   AJKKK 15 orang (5 orang AJKKK setiap kawasan)
3.   15 Wakil penduduk (5 orang wakil dipilih dari setiap kawasan Kg. Siba, Sokid Kapatahan dan Gondohon)
4.   Wajib Terdiri Dari Penduduk Tetap Kg. Bundu Tuhan Dan Bermastautin Di Kg. Bundu Tuhan.
1.   Diperaku dalam Mesyuarat Permuafakatan bagi KAN, KK, Pengerusi JKKK )
2.   wakil kawasan dipilih oleh penduduk dalam kawasan (Sokid Kapatahan, Siba dan Gondohon) dan diperaku dalam mesyuarat permuafakatan
Sumber:           Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun 2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015

Boyo’on
Hierarki kedua dalam sistem pentadbiran Kg. Bundu tuhan adalah Boyo’on. Keanggotaan Boyo’on ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jawatankuasa Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Pemegang Adat.  

Jawatankuasa Pemegang Amanah
Jawatankuasa Pemegang Amanah dianggotai oleh 21 orang yang dilantik berdasarkan watikah perlantikan kerajaan dan lantikan dari cadangan Jawatankuasa Pemegang Amanah  yang diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan (Dokumen BTNRR, 2015). Jawatankuasa Pemegang Amanah ini bertanggujawab dalam perkara yang melibatkan kuasa melulus dan memperaku serta sumber rujukan aktiviti ekonomi, pembangunan tanah, perumahan, pertanian, budaya dan adat resam berlandaskan peraturan kampung dan pelan pembangunan kampung. Selain itu jawatankuasa ini juga berperanan sebagai penjaga dan pemegang amanah kepada harta kampung (Dokumen BTNRR, 2015).

Jadual 8: Keanggotaan Dan Bidang Tugas Jawatankuasa Pemegang Amanah
 Keanggotaan (21 orang Ahli)
Kriteria
Kuasa Melantik
1.   KAN, WKAN, KK, (10 orang)
2.   Pengerusi JKKK (3 orang)
3.   4 orang Mosinggo’
4.   4 orang wakil penduduk
5.   Wajib Terdiri Dari Penduduk Tetap Kg.Bundu Tuhan Dan Bermastautin di Kg. Bundu Tuhan
6.   Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah dilantik melalui sokongan majoriti anggota Jawatankuasa Pemegang Amanah dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan.
1.   Watikah pelantikan oleh kerajaan bagi KAN, WKAN, KK, Pengerusi JKKK dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
2.   4 orang wakil penduduk adalah individu-individu yang dicadangkan oleh jawatankuasa Pemegang Amanah dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
3.   4 orang Mosinggo’ adalah pengerusi-pengerusi jawatankuasa yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan dalam sistem pentadbiran kampung
1.   Watikah perlantikan oleh kerajaan (KAN, KK, Pengerusi JKKK) dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
2.   4 orang wakil penduduk diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
3.   4 orang Mosinggo’ diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
Sumber:           Temubual dengan Johnny Ghani, 19 Jun 2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015







Rajah 2: Carta Organisasi Jawatankuasa Pemegang Amanah

KAN Joseph S
Pengerusi: KAN Joseph Sangau

KK
Setaiusaha: KK Radin Madili

KK
Bendahari: KK Sokuil Ladsau
AHLI JAWATANKUASA
WKAN Patrick Sapiun RamitanWKAN Patrick Sapiun
KKKK John Ewon Binti
kkKK Gopog Gibot
KKKK Sumbing Kunad
KKKK Gopog Godsung
KKKK Gahun Sabunting
KKKK Dimis Sumin
PJKKK Dominic GanieJKKK Dominic Ganie

JKKK
Damianus Andasi Muyuk
Robert SiamJKKK
Robert Siam

Johnny Ghani
Johnny Gani
Pengerusi Mesyuarat Permuafakatan/ Pegawai Perhubungan
Mosinggo’ 1
Mosinggo’ 2
Mosinggo’ 3
Mosinggo’ 4
Wakil Komuniti 1
Wakil Komuniti 2
Wakil Komuniti 3
Wakil Komuniti 4


Jawatankuasa Pemegang Adat
Jawatankuasa kedua dalam Boyo’on ialah Jawatankuasa Pemegang Adat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli seramai 10 orang yang dilantik oleh kerajaan dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan (Dokumen BTNRR, 2015). Jawatankuasa Pemegang Adat bertanggungjawab sebagai sumber rujukan adat resam, budaya dan menguatkuasa denda adat (sogit) apabila berlaku pelanggaran adat dan ketidakpatuhan kepada peraturan-peraturan kampung (Dokumen BTNRR, 2015).

Jadual 9: Keanggotaan Dan Bidang Kuasa Jawatankuasa Pemegang Adat
Keanggotaan
(10 orang)
Kriteria
Kuasa Melantik
1.   Ketua Anak Negeri (1 orang)
2.   Wakil Ketua Anak Negeri (1 orang)
3.   Ketua Kampung
(8 orang)

  1. Anggota Balai Adat  Kg. Bundu Tuhan
  2. Wajib terdiri dari penduduk tetap Kg. Bundu Tuhan dan bermastautin di Kg. Bundu Tuhan
Watikah perlantikan oleh kerajaan dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
Sumber:           Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun 2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015














Rajah 3: Carta Organisasi Jawatankuasa Pemegang Adat

KAN Joseph S
Pengerusi
KAN Joseph Sangau

KK
Setiausaha
KK Radin Madili

KK
Bendahari
KK Sokuil Ladsau
KKAHLI JAWATANKUASA

WKAN Patrick Sapiun Ramitan
WKAN Patrick Sapiun
KK
KK John Ewon Binti
kk
KK Gopod Gibot

KK Sumbing Kunad

KK
KK Gopog Godsung[4]
KK
KK Gahun Sabunting
KK

KK Dimis Sumin




Mosinggo’
Mosinggo’ terbahagi kepada empat jawatankuasa dan mempunyai bidang tugas atau fungsi yang berbeza-beza. Kuasa Melantik keanggotaan dalam empat jawatankuasa tersebut terletak di bawah bidang kuasa Mesyuarat Permuafakatan (Temubual dengan Johnny Ghani, 19 Jun 2014). Walaubagaimanapun bidang tugas empat jawatankuasa tersebut adalah tertakluk sepenuhnya kepada peraturan-peraturan kampung dan pelan pembangunan Kg. Bundu Tuhan.

Jadual 10: Keanggotaan dan Bidang Tugas Mosinggo’
Nama
Bidang Tugas Utama
Keanggotaan
Kriteria
Kuasa Melantik
Jawatankuasa 
Konsevasi, Bombon Sungai, Hutan Simpanan dan Biobudaya
Mengurus pelaksanaan Bombon dan sebarang kegiatan konsevasi



Adalah tidak ditetapkan, ianya tertakluk kepada keperluan dan perakuan dalam Mesyuarat Permuafakatan






Wajib terdiri dari penduduk tetap Kg. Bundu Tuhan dan bermastautin di Kg. Bundu Tuhan










Mesyuarat Permuafakatan
Jawatankuasa[5]
Pembangunan Tabung Kampung, Ekonomi Dan Pelancongan
Mengurus dan mentadbir Kewangan (Tabung kampung) dan sumber-sumber yang menyumbang kepada tabung kampung
Jawatankuasa
Perumahan Dan Infrastruktur,
Merancang dan mengurus tapak dan kaedah pelaksanaan yang berkaitan perumahan dan infrastruktur.
Jawatankuasa
Padang Ragut, Penternakan dan Pertanian
Merancang dan mengurus tapak dan kaedah pelaksanaan yang berkaitan padang ragut, penternakan dan pertanian.
Sumber:           Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun 2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015
Rajah 4: Carta Organisasi
Jawatankuasa Konsevasi, Bombon Sungai, Hutan Simpanan dan Biobudaya

Pengerusi
John Sugau1

En. John Sugau
Merangkap Pengerusi Bombon Hutan
Sumber: Jasmine Arinie Johnny


Timbalan Pengerusi
Richad Soibi

En. Richard Soibi
Merangkap Pengerusi Bombon Sungai
Sumber: Jasmine Arinie Johnny







Setiausaha
Michael Gopog

En. Michael Gopog
Sumber: Jasmine Arinie Johnny
Ahli Jawatankuasa
Wakil Sokid
Wakil Siba
Wakil Godohon

Kesimpulan   
Organisasi Kepimpinan Masyarakat Bundu Tuhan secara keseluruhannya memperlihatkan keunikannya yang tersendiri berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Sabah dan umumnya di Malaysia. Sistem pentadbiran yang dibentuk dan dilaksanakan adalah mengikut acuan dan kehendak penduduk kampung yang akhirnya juga membentuk set peraturan mereka sendiri. Peraturan-peraturan yang dibentuk walaupun berbeza dari kawasan-kawasan lain di Malaysia tetapi ia tetap diterima pakai sebagai peraturan semua penduduk atau orang luar yang datang dan bermastautin di Bundu Tuhan.

Peraturan-peraturan yang dibentuk dan dilaksanakan oleh penduduk kampung melalui pemimpin yang dilantik dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan bertujuan untuk menjaga dan memelihara hak penduduk dan kawasan Kg. Bundu Tuhan. Ini bermakna sebarang agensi kerajaan mahupun badan-badan swasta yang datang untuk melaksanakan projek pembangunan atau melakukan pelaburan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penduduk kampung seperti mana dalam buku Peraturan-peraturan Kampung Bundu Tuhan dan Pelan Pembangunan Kampung Bundu Tuhan Ranau. Walaupun ada suara-suara pemimpin politik yang mengatakan bahawa sistem yang wujud di Bundu Tuhan tu kadang-kadang akan menyukarkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan dan melaksanakan projek pembangunan tetapi dalam masa yang sama sistem yang digunapakai oleh penduduk Bundu Tuhan juga akan membantu mereka untuk mendapatkan perkara-perkara yang mereka ingini berbanding perkara yang kerajaan inginkan. Di samping itu, sistem pentadbiran yang dilaksanakan akan membolehkan penduduk kampung lebih faham dan jelas serta terlibat dalam membuat keputusan dalam soal pentadbiran kampung mereka tanpa bergantung semata-mata dari perancangan pemimpin politik sahaja.

Rujukan
Abdullah, Mohd Yusof (2003) Keberkesanan Fungsi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dalam Pembangunan Luar Bandar: Satu Kajian Kes. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia dalam laman sesawang http://psasir.upm.edu.my/10253/
Dokumen BTNRR Tatacara Pentadbiran Dan Pengurusan  Bundu Tuhan Native Residential Reserve 2015. Tidak diterbitkan.
Laman Web Rasmi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah http://ww2.sabah.gov.my/mlgh/PembantuMenteri_1.html
Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Ranau http://ww2.sabah.gov.my/pd.rnu/wakil_rakyat.html

Temubual
Dominic Ghanie
Johnny Ghani
Joseph Sangau Sariman


[1] Artikel ini asalnya bertajuk ORGANISASI KEPIMPINAN MASYARAKAT BUNDU TUHAN telah diterbitkan dalam buku Bundu Tuhan Konteks dan Transformasi pada tahun 2017 oleh perpustakaan Negeri Sabah.
[2] Pada Pilihanraya 2008 hanya wakil calon sahaja yang dipanggil untuk menyampaikan manifesto dan bersoal jawab dengan penduduk kampung. Moderator dilantik oleh Majlis Permuafakatan. Moderator pertama dan Kedua adalah Johnny Ghani. Sumber 28/03/2015. Bundu Tuhan.
[3] Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Bundu Tuhan Native Residential Reserve (BTNRR)
[4] KK Gopog Godsung telah meninggal dunia pada tahun 2013 tetapi penganti beliau belum lagi dilantik secara rasmi
[5] Menurut Johnny Gani 28/03/2015 Jawatankuasa Konsevasi, Bombon Sungai, Hutan Simpanan Dan Biobudaya sahaja telah dibentuk. Jawatankuasa lain masih di bawah tanggungjawab JKPA kerana organisasi jawatankuasa masih belum dibentuk sebabkan beberapa perkara berkaitan fungsi masih lagi diperhalusi. 

ORGANISASI KEPIMPINAN DAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH SIMPANAN PERUMAHAN BUMIPUTERA KG. BUNDU TUHAN [1] BUDI ANTO MOHD TAMRI...