ORGANISASI KEPIMPINAN DAN
SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH SIMPANAN PERUMAHAN BUMIPUTERA
KG. BUNDU TUHAN[1]
BUDI
ANTO MOHD TAMRING
Tinggalkan pangkat dan status di Tenompok
sebelum masuk ke Kg. Bundu Tuhan (Johnny Ghani 22 Ogos
2013)
Pengenalan
Ungkapan di atas
merupkan satu frasa yang sering kali digunakan oleh penduduk Kg. Bundu Tuhan
dan dijadikan falsafah dalam kehidupan seharian mereka. Tujuannya untuk memberi
peringatan kepada sesiapa sahaja sama ada penduduk kampung atau orang luar yang
ingin datang ke Bundu Tuhan agar tidak menjangkakan layanan yang istimewa
berdasarkan status mereka. Falsafah ini telah diterima pakai sejak sekian lama
dan diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Asas kepada pelaksanaan
falsafah ini adalah agar penduduk kampung akan merasa selesa bergaul dan
berinteraksi kepada sesiapa sahaja yang datang ke Kg. Bundu Tuhan tanpa
memikirkan soal pangkat dan status.
Tenompok
merupakan nama tempat yang juga merupakan sempadan dan laluan utama untuk ke
Kg. Bundu Tuhan. Ini bermakna, sesiapa sahaja yang datang ke Kg.Bundu Tuhan
perlu melupakan pangkat dan status apabila sampai di
sempadan kampung (Tenompok) dan seterusnya ke dalam kampung. Ungkapan tersebut
sudah tentunya memberikan gambaran yang agak berbeza dalam masyarakat yang lain
di Sabah dan umumnya di Malaysia yang lebih bersifat mementingkan pangkat, gelaran
dan status atau bersifat protokol mengikut kedudukan
seseorang dalam masyarakat. Ungkapan tersebut juga menggambarkan bahawa
penduduk Kg.Bundu Tuhan mempunyai satu keunikan jika dibandingkan dengan
kawasan yang lain. Keunikan tersebut merangkumi peraturan-peraturan yang mereka
bentuk sendiri dan perlu diikuti oleh komuniti Bundu Tuhan dan orang luar yang
datang ke Bundu Tuhan walaupun peraturan tersebut tidak digunapakai di
kawasan-kawasan lain di Malaysia.
Oleh yang
demikian, perbincangan dalam bab ini secara umumnya akan menjelaskan tentang
organisasi kepimpinan dan sistem
pentadibiran Kg. Bundu Tuhan. Organisasi kepimpinan dan sistem pentadbiran tersebut
merangkumi jawatankuasa pengurusan kampung yang
ditubuhkan untuk mengurustadbir cadangan peraturan dan pelaksanaan
peraturan-peraturan yang telah dipersetujui bersama.
Latar belakang Organisasi Pentadbiran Bundu Tuhan Secara
Umum
Bundu Tuhan merupakan
kampung yang termasuk
dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kundasang dan
dalam Kawasan Parlimen Ranau. Kampung ini
mempunyai penduduk lebih kurang 3000 lebih orang dan merupakan kawasan
perkampungan penduduk etnik Dusun (Temubual dengan Johnny Ghani, 23 Ogos 2013). Secara keseluruhannya
masyarakat Dusun yang menghuni kampung ini adalah beragama Kristian tetapi
sebahagian kecil masyarakat di kampung ini ada juga yang beragama Islam.
Penduduk yang beragama Islam di kampung ini lebih kurang 6 hingga 7 buah
keluarga (Temubual dengan Pembantu Imam Surau Kg.Bundu Tuhan, 24 ogos 2013).
Masyarakat di kampung ini mempunyai sistem perundangan sendiri yang telah
digunapakai sebagai undang-undang adat sejak dahulu lagi
dan dilindungi mengikut enakmen perundangan anak negeri di Sabah.
Pentadbiran
kampung kebiasaannya akan diurus oleh Ketua Kampung (KK) dan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Masalah
masyarakat sama ada adat mahupun hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dan
pembangunan kampung akan dirujuk kepada Ketua Kampung dan JKKK untuk
diselesaikan. Peranan KK dan JKKK juga wujud dalam sistem pentadbiran Kg. Bundu
Tuhan tetapi turut dibantu atau dipantau oleh beberapa pemimpin lain melalui
jawatankuasa pentadbiran yang ditubuhkan. Sistem pentadbiran Kg. Bundu Tuhan
dikenali sebagai sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan
Bumiputera Kg. Bundu Tuhan.
Struktur Kepimpinan Kg. Budu Tuhan
Secara umumnya
struktur kepimpinan kampung-kampung di
Sabah kebiasaanya melibatkan beberapa orang ketua yang dikenali sebagai Ketua
Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua
Anak Negeri (WKAN), Ketua
Kampung (KK) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Kampung
Bundu Tuhan juga ditadbir dan diuruskan oleh pemimpin-pemimpin yang disebutkan
di atas dengan dibantu oleh jawatankuasa lain yang dibentuk. Bahagian ini akan
menjelaskan latarbelakang pemimpin-pemimpin kampung Bundu Tuhan sejak kampung
ini ditubuhkan sehingga ke hari ini.
Ketua Anak Negeri (KAN)
Ketua Anak
Negeri adalah ketua pemegang adat istiadat Anak Negeri di kampung atau
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat lantikan. KAN memastikan adat
istiadat dan budaya komuniti di
kawasannya dihormati. Sebarang pelanggaran adat akan dikenakan
penalti atau denda menurut enakmen
Mahkamah Anak Negeri 1992 Pindaan 1995
(Temubual dengan Joseph Sangau, 19 Jun 2014).
Jadual 1: Senarai Ketua Anak Negeri Kampung Bundu Tuhan,
Ranau
Bil
|
Nama Ketua Anak Negeri
|
Tahun Berkhidmat
|
Kawasan
|
01
|
Kombiong
|
1926 – 1927
|
Bundu Tuhan
|
02
|
Gaid B. Lantaid
|
1927 - 1928
|
Bundu Tuhan
|
03
|
Lontou B. Rambangan
|
1929 – 1932
|
Bundu Tuhan
|
04
|
Gilong B. Kubud
|
1933 - 1934
|
Bundu Tuhan
|
05
|
Dassim B. Guntat
|
1934 - 1942
|
Bundu Tuhan
|
06
|
Daransun B. Bingko
|
1942 - 1947
|
Bundu Tuhan
|
07
|
Gunting B. Lagadan
|
1948 - 1953
|
Bundu Tuhan
|
08
|
Gisil B. Koting
|
1954 - 1975
|
Bundu Tuhan
|
09
|
A.Tiam B. Sinusun
|
1976 - 1985
|
N.16 Kundasang
|
10
|
Ansow B. Langgoi
|
1986 - 2002
|
N. 29 Kundasang
|
11
|
Joseph Abbie B. Yundok
|
2003 - 2006
|
N. 29 Kundasang
|
12
|
Joseph Sangau B. Sariman
|
15.5.2007 – sekarang
|
N. 29 Kundasang
|
Sumber: Senarai Ketua Anak Negeri Bundu Tuhan
Ranau diperolehi daripada Joseph Sangau 19 Jun 2014.
Sistem
pelantikan Ketua Anak Negeri adalah mengikut lantikan daripada pempimpin.
Pemimpin yang dimaksudkan
adalah Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini bermakna pelantikan Ketua Anak Negeri adalah
berdasarkan lantikan politik. Kg. Bundu Tuhan mempunyai seorang Ketua Anak
Negeri. Terdapat seramai 12 orang Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik sejak
Kg. Bundu Tuhan wujud sehingga kini. Ketua Anak Negeri yang dilantik sejak
tahun 1962 sehingga tahun 1975 adalah atas lantikan kawasan Bundu Tuhan.
Selepas tahun 1975, Ketua Anak Negeri telah dilantik atas nama kawasan Dewan
Undangan Negeri Kundasang. Perubahan nama kawasan ini kebiasaannya bergantung
dengan perubahan persempadanan atau perubahan
nama kawasan mengikut sempadan politik. Walau bagaimanapun, menurut Johnny Ghani, perlantikan
Ketua Anak Negeri selain lantikan langsung dari YB juga boleh berlaku atas
cadangan komuniti. Pelantikan Ketua Anak Negeri juga pernah dibuat secara
undian ketika zaman A. Tiam B. Sinusun (Temubual dengan Johnny Ghani 28 Mac
2015).

Gambar
1: En. Joseph Sangau Sariman, Ketua Anak Negeri 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN)
Wakil Ketua Anak Negeri akan bertindak
sebagai Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung sekiranya ketiadaan Ketua Anak
Negeri dan Ketua Kampung (Temubual dengan Joseph Sangau, 19 Jun 2014). Berikut
adalah senarai nama WKAN yang pernah dilantik di Bundu Tuhan sehingga kini;
1. En. Ghani
Muntu 1976-1985
2. En. Patrick Sapiun Ramitan 1987-2015
Menurut KAN
Joseph Sangau, Kg. Bundu Tuhan sehingga kini hanya mempunyai dua orang Wakil
Ketua Anak Negeri. Wakil Ketua Anak Negeri juga dilantik oleh ADUN dan
berperanan penting dalam hal-hal pentadbiran Kg. Bundu Tuhan khususnya yang
berkaitan adat istiadat seperti peranan yang dimainkan oleh Ketua Anak Negeri
dan juga Ketua Kampung. Peranan khusus Wakil Ketua Anak Negeri adalah bertindak
sebagai ketua adat apabila Ketua Anak Negeri tiada atau Ketua Anak Negeri belum
dilantik (boleh berlaku sekiranya KAN letak jawatan, berlaku kematian KAN atau
KAN tidak dapat hadir pada ketika berlakunya perbicaraan mengenai adat).
Demikian juga WKAN akan bertindak sebagai ketua adat di kampung-kampung
tertentu sekiranya Ketua Kampung tiada atau Ketua Kampung belum dilantik.
(boleh berlaku sekiranya Ketua Kampung letak jawatan, berlaku kematian Ketua
Kampung atau Ketua Kampung tidak dapat hadir pada ketika berlakunya perbicaraan
mengenai adat di sesebuah kampung).

Gambar
2: En. Patrick Sapiun Ramitan, Wakil Ketua Anak Negeri 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
Ketua Kampung (KK)
Ketua Kampung di
Bundu Tuhan pula berperanan menjaga keharmonian komuniti dan adat istiadat di kawasannya.
Jika pelanggaran adat itu dikategorikan
ringan maka Ketua Kampung di kawasan berkenaan yang menyelesaikannya tetapi
jika sebaliknya, kes itu akan dibawa ke Balai Adat Kg. Bundu Tuhan di hadapan panel
hakim Adat yang terdiri
daripada KAN, WKAN, dan Ketua-Ketua Kampung (Temubual dengan Joseph Sangau, 19
Jun 2014). KAN, WKAN dan KK merupakan pemimpin-pemimpin yang bertanggung jawab
ke atas adat masyarakat dan dikenali juga sebagai Pemegang-pemegang Adat. Pemegang-pemegang Adat ini akan bersidang pada tarikh 2
hari bulan setiap bulan (Temubual dengan Joseph Sangau,19Jun 2014). Ini
bermakna persidangan untuk Pemegang-pemegang adat ini akan berlangsung sebanyak
12 kali setahun.
Kawasan Kg.Bundu
Tuhan mempunyai lapan orang Ketua Kampung. Keadaan ini menunjukkan Kg.Bundu
Tuhan mempunyai keunikan tersendiri berbanding kampung-kampung di Malaysia. Kg.
Bundu Tuhan dipecahkan kepada tujuh kampung dan setiap kampung diwakili oleh seorang
Ketua Kampung dan seorang Ketua Kampung lagi bertindak sebagai ketua kepada
semua Ketua Kampung dengan menggunakan gelaran Ketua Kampung Bundu Tuhan.
Sistem
pelantikan Ketua Kampung di Bundu Tuhan adalah mengikut tiga kaedah iaitu
pelantikan secara undian, pelantikan dari pemimpin (Pejabat Daerah)
dan pelantikan secara warisan. Lantikan secara undian adalah lantikan yang
dipersetujui oleh penduduk kampung. Bermakna Ketua Kampung yang akan dilantik
adalah berdasarkan usul penduduk. Sistem yang kedua adalah lantikan daripada
pemimpin (Pejabat Daerah). Lantikan ini biasanya dicadangkan oleh pemimpin di
peringkat daerah dan dipersetujui oleh penduduk kampung. Sistem yang ketiga
ialah melalui pelantikan secara warisan.
Ketua Kampung
akan melantik penggantinya sendiri atau selepas kematian Ketua Kampung,
penggantinya akan dilantik dari kalangan ahli keluarga sahaja. Walaupun
pelantikan secara warisan ini digunapakai tetapi pelantikan secara warisan ini
juga perlu mendapat persetujuan penduduk kampung. Sekiranya penduduk kampung
tidak bersetuju bermakna calon lain akan dilantik mengikut persetujuan ramai.
Kaedah pelantikan ini berterusan sehingga kini (Temubual dengan Dominic Ganie,
19 Jun 2014).
Jadual
2: Ketua Kampung Bundu Tuhan
Bil
|
Nama
|
Tahun Berkhidmat
|
01
|
En. Sinusun Tumpongan
|
Tiada rekod
|
02
|
En. G.Ghani Dulong
|
1994 - 2000
|
03
|
En. Sokuil Ladsau
|
2000 - Sekarang
|
Sumber: Senarai Ketua Kampung Kg. Bundu
Tuhan, diperolehi daripada Joseph Sangau 19 Jun 2014 dan Temubual dengan Johnny
Ghani 28 Mac 2015
Jadual 2
menunjukkan senarai ketua kepada Ketua Kampung Bundu Tuhan. Perlantikan mereka
ini adalah sebagai Ketua Kampung Kg.
Bundu Tuhan. Ini bermakna perlantikan mereka
adalah menjadi ketua kepada semua Ketua Kampung, iaitu tujuh orang Ketua
Kampung (Temubual dengan Joseph
Sangau,19 Jun 2014).

Gambar
3: En. Sokuil Ladsau, Ketua Kampung Bundu Tuhan 2015
Sumber
: Jasmine Arinie Johnny
Perlantikan
tujuh orang Ketua Kampung yang lain adalah berdasarkan tujuh kawasan dalam
Bundu Tuhan. Kawasan tersebut merangkumi kawasan Gondohon, Tulop dan Paka,
Hamad, Kapatahan, Tawo-tawo I dan II, Sokid, Tanga dan Komot.
Jadual 3: Ketua
Kampung yang Pernah Berkhidmat Mengikut Kawasan di Bundu Tuhan
Bil
|
Kawasan
|
Nama Ketua Kampung
|
Tahun Berkhidmat
|
1
|
Gondohon
|
1. En. Kupang
|
Tiada rekod
|
2. En. Sidek Sambuling
|
Tiada rekod
|
||
3. En. John Binty
|
2014 – Sekarang
|
||
2
|
Tulop & Paka
|
1. En. Gidat
|
Tiada rekod
|
2. En. Yunggar Sugagar
|
Tiada rekod
|
||
3. En. Limban Sangkal
|
Tiada rekod
|
||
4. En. Yakun Molondoi
|
Tiada rekod
|
||
5. En. Gopog Gibot
|
1986 – sekarang
|
||
3
|
Hamad
|
1. En. Longgou Kabong
|
Tiada rekod
|
2. En. Sinusun Tumpongan
|
Tiada rekod
|
||
3. En. Gopog Godsung
|
1976 - 2013
|
||
|
Dalam proses lantikan
|
||
4
|
Kapatahan
|
1. En. Gilong Kubud
|
Tiada rekod
|
2. En. Gunting Lagadan
|
Tiada rekod
|
||
3. En. Sumbing Kunad
|
1962 – sekarang
|
||
5
|
Tawo-tawo I & II
|
1. En. Balintok Surat
|
Tiada rekod
|
2. En. Giling
|
Tiada rekod
|
||
3. En. Sangau Marasan
|
1976 - 1987
|
||
4. En. Radin @ Louis Madili
|
1989 - sekarang
|
||
6
|
Sokid
|
1. En. Gongau Mansa
|
Tiada rekod
|
2. En. Gantau Gadung
|
Tiada rekod
|
||
3. En. Guasa Gindou
|
Tiada rekod
|
||
4. En. Koyopo Rintingan
|
Tiada rekod
|
||
5. En. Gahun Sabunting
|
1986 – sekarang
|
||
7
|
Tanga & Komot
|
1. En. Gunsai
|
Tiada rekod
|
2. En. Gungkat
|
Tiada rekod
|
||
3. En. Sumin Giling
|
Tiada rekod
|
||
4. En. Dimis Sumin
|
2000 – sekarang
|
Sumber: Senarai Ketua Kampung Mengikut
Kawasan Kg. Bundu Tuhan, diperolehi daripada Joseph Sangau 19 Jun 2014

Gambar
4: En. John Binty, Ketua Kampung Gondohon 2015
Sumber
: Jasmine Arinie Johnny

Gambar
5: En. Gopog Gibot, Ketua Kampung Tulop & Paka 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny

Gambar
6: En. Gopog Godsung, Ketua Kampung Hamad 2013
Telah
meninggal dunia dan belum ada lagi pengganti yang dilantik secara rasmi
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny

Gambar
7: En. Sumbing Kunad, Ketua Kampung Kapatahan 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny

Gambar
8: En. Radin @ Louis Madili, Ketua Kampung Tawo-tawo I & II 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny

Gambar
9: En. Gahun Sabunting, Ketua Kampung Sokid 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny

Gambar
10: En. Dimis Sumin, Ketua Kampung Tanga & Komot 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau ringkasnya JKKK adalah sebuah institusi
kepimpinan di peringkat kampung yang diwujudkan ketika pemerintah negara ini
berusaha gigih untuk membangunkan sektor luar bandar. Penubuhan JKKK adalah
untuk mewujudkan ruang dan memberikan peluang kepada pihak rakyat melibatkan
diri dalam proses pembangunan di peringkat kampung. JKKK adalah badan yang
bertindak sebagai agen perubahan dan penghubung penting antara pihak kerajaan
dan penduduk kampung (Abdullah Mohd Yusof 2003). Kuasa dan tanggungjawab JKKK
seperti yang terkandung dalam dokumen BTNRR ialah bertangungjawab terhadap
pembangunan, kemajuan dan keselamatan di kawasan JKKK masing-masing. Selain itu
berkuasa mendapatkan kelulusan penggunaan dari Jawatankuasa Pemegang Amanah jika pembangunan
dan kemajuan tersebut melibatkan kawasan tanah simpanan perumahan bumiputera
kampung. Menurut Dominic Ganie, peranan JKKK adalah lebih kepada pembangunan
kampung. JKKK Menguruskan projek-projek pembangunan dan secara umumnya
berperanan dalam pembangunan dan keselamatan kampung (Temubual dengan Dominic
Ganie, 19 Jun 2014).
Jadual 4: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Bundu Tuhan
Pengerusi JKKK
|
Nama
|
Tempoh
|
Kg. Bundu Tuhan
|
En. Willy Kissi Girok
|
1968 – 1978
|
En. Intang Kamunta
|
1978 – 1982
|
|
Selepas tempoh ini JKKK Kg.
BunduTuhan telah dibahagikan kepada tiga
kawasan
|
||
1. Kg. Sokid Bundu Tuhan
|
En. James Ansun Potoh
|
1982 – 1988
|
En. Binty Sanad
|
1988 – 1992
|
|
En. Harun Adam
|
1992 – 1994
|
|
En. James Ansun Potoh
|
1994 – 1998
|
|
En. Johnny Ghani
|
1998 – 2014
|
|
En. Dominic Ganie
|
2014 – sekarang
|
|
2. Kg. Siba Bundu Tuhan
|
En. Binty Mongko
|
1982 – 1984
|
En. Ghani Muntu
|
1984 – 1986
|
|
En. Damianus Andasi Muyuk
|
1986 – 1994
|
|
En. Ghani Muntu
|
1994 – 1998
|
|
En. Geoffrey Sopi
|
1998 – 2010
|
|
En. Ambrose Gunsalam
|
2010 – 2012
|
|
En. Fred Tiam
|
2012 – 2014
|
|
En. Damianus Andasi Muyuk
|
2015 - sekarang
|
|
3. Kg. Gondohon Bundu Tuhan
|
En. Dikul Simban
|
1982 – 1984
|
En. Doinis Soibi
|
1994 – 1988
|
|
En. John Binty
|
1988 – 1992
|
|
En. Dikul Simban
|
1992 – 1998
|
|
En. Sikin Gambud
|
1998 – 2002
|
|
En. John Binty
|
2002 – 2013
|
|
En. Robert Siam
|
2013 - sekarang
|
Sumber: Senarai JKKK Bundu Tuhan diperolehi daripada
Johnny Ghani, 8 Januari 2015.
Pelantikan JKKK
biasanya adalah berdasarkan lantikan politik sama ada lantikan dari Ahli Dewan
Undangan Negeri atau Ahli Parlimen ataupun Yang
Berhormat (YB) yang
kebiasaannya digunakan oleh penduduk sebagai gelaran kepada ahli DUN atau ahli
Parlimen yang mewakili kawasan mereka. Sistem pelantikan JKKK di Kg Bundu Tuhan
pula mengamalkan pemilihan JKKK berdasarkan cadangan atau usul oleh penduduk
kampung kepada YB dan YB akan
melantik JKKK yang diusulkan. Walaupun begitu sekiranya terdapat bantahan atau
ketidakpuashatian maka undian akan dibuat.
Sistem
pelantikan JKKK di Bundu Tuhan walaubagaimanapun telah diubah kepada sistem
pilihanraya bermula pada tahun
2014. JKKK pertama yang dilantik berdasarkan pilihanraya ialah En. Dominic
Ganie untuk Kg. Sokid dan juga bertindak sebagai JKKK Bundu Tuhan secara
keseluruhannya. Mantan JKKK bertindak sebagai urusetia ketika pilihanraya
pemilihan JKKK tersebut. Untuk Kawasan Bundu Tuhan terdapat tiga orang JKKK
yang dilantik berdasarkan tiga kawasan Bundu Tuhan. Kawasan tersebut ialah
Sokid Kapatahan, Siba dan Gondohon. Perlantikan tiga orang JKKK untuk Bundu
Tuhan hanya bermula pada tahun 1982. Sebelum itu Kg. Bundu Tuhan hanya
mempunyai seorang JKKK sahaja.
Maklumat tentang
senarai JKKK yang pernah berkhidmat di Bundu Tuhan seperti dalam Jadual 4 di
atas telah dikumpulkan oleh mantan JKKK Johnny Ghani. Maklumat tersebut
diperolehi daripada KAN Joseph Sariman, KK Radin Madili, KK John Binty dan
maklumat lisan dari beberapa mantan pengerusi JKKK sebelum ini. Menurut Johnny
Ghani, oleh kerana tiada dokumen bertulis atau catatan rasmi maka tempoh
perkhidmatan pengerusi-pengerusi yang dinyatakan adalah anggaran sahaja.

Gambar
11: En. Dominic Ganie, JKK Kg. Sokid Bundu Tuhan 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny

Gambar
12: En. Damianus Andasi Muyuk JKK Kg. Siba Bundu Tuhan 2015
Sumber:
Nelson Justin Adeh

Gambar
13: En. Robert Siam, JKK Kg. Gondohon Bundu Tuhan 2015
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
Bundu Tuhan
merupakan kawasan yang terletak dalam kawasan Parlimen P179 Ranau. Parlimen
Ranau ini hanya diwujudkan pada tahun 2004 dan sebelum itu kawasan Bundu Tuhan
termasuk dalam kawasan Parlimen P156 Kinabalu (Laman Web Rasmi Pejabat Daerah
Ranau).
Jadual 5: Ahli Parlimen P.156 Kinabalu dan P179 Ranau
Bil
|
Nama Ahli Parlimen
|
Tahun Berkhidmat
|
Kawasan Pentadbiran
|
1
|
Tan Sri Abdul
Ghani Gilong
|
1970 – 1975
|
Parlimen
Kinabalu 156
|
2
|
Datuk Mark
Koding
|
1975 – 1985
|
|
3
|
Tan Sri
Kasitah Gaddam
|
1985 – 1990
|
|
4
|
Dr. Othman
Minuddin
|
1990 – 1994
|
|
5
|
Encik
Henderinus Amin
|
1994 – 1999
|
|
6
|
Tan Sri
Bernard Dompok
|
1999 – 2004
|
|
7
|
Tan Sri
Bernard Dompok
|
2004 – 2008
|
Parlimen
Ranau 179
|
8
|
Datuk Siringan
Gubat
|
2008 – 2013
|
|
9
|
Datuk Dr. Ewon
Ebin
|
20013 hingga
Kini
|
Sumber: Diubahsuai dari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah
Ranau

Gambar
14: Y.B. Datuk Dr. Ewon Ebin, Ahli Parlimen 179 Ranau
Sumber:
Portal Rasmi Parlimen Malaysia
Manakala
kedudukan Bundu Tuhan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, adalah
dalam kawasan DUN Kundasang bermula
tahun 1975 sehingga kini. Walaubagaimanapun sebelum tahun 1975, Kg. Bundu Tuhan
berada dalam kawasan pentadbiran DUN Ranau. Dari tahun 1963 sehingga tahun 1975
Kg. Bundu Tuhan diwakili oleh ADUN Ranau.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang
Bil
|
Nama Ahli Dewan Undangan Negeri
|
Tahun Berkhidmat
|
Kawasan
Pentadbiran
|
1
|
Tan Sri Abdul
Ghani Gilong
|
1963 – 1971
|
DUN Ranau
|
2
|
Encik Abdul
Ghani Ahmad
|
1971 – 1976
|
|
3
|
Datuk Maynoor
Ginggor
|
1975 – 1985
|
DUN Kundasang
|
4
|
Datuk Ewon Ebin
|
1985 – 1999
|
|
5
|
Encik Karim Adam
|
1999 – 2004
|
|
6
|
Datuk Dr.
Joachim Gunsalam
|
2004 - 2013
hingga kini
|
Sumber:
Diubahsuai dari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Ranau

Gambar
15: Y.B. Datuk Dr. Joachim Gunsalam, ADUN 29 Kundasang
Sumber:
Laman Web Rasmi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Sistem pemilihan Ahli Parlimen dan
Ahli Dewan Undangan Negeri kebiasaanya adalah mengikut kriteria yang ditetapkan
oleh parti yang bertanding. Walaupun begitu untuk penduduk Kg. Bundu Tuhan,
mereka telah menetapkan syarat kepada calon-calon yang bertanding iaitu
calon-calon yang akan bertanding kerusi Parlimen dan DUN ini perlu
datang ke Kg. Bundu Tuhan untuk berdialog bersama penduduk kampung. Sesi
dialong ini telah dimulakan pada pilihanraya tahun 2008[2]
dan 2013 yang lalu. (Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun 2014).
Sesi dialog ini
dianjurkan oleh kepimpinan kampung dan seorang perantara atau moderator
dilantik dari kalangan pemimpin kampung untuk menjadi urusetia ketika dialog
tersebut berlangsung. Calon-calon yang bertanding akan diberikan masa satu jam
untuk menyampaikan manifesto mereka dan selepas
itu sesi soal jawab diadakan. Permintaan penduduk kampung untuk melihat
kemampuan pemimpin yang bertanding dalam sesi dialog merupakan satu cara yang
agak baik dan memberikan penduduk peluang untuk menilai kemampuan calon-calon
yang bertanding sebelum Pilihanraya Umum berlangsung. Sesi dialog antara
calon-calon bertanding merupakan satu budaya baharu dalam politik di Malaysia
dan penduduk Kg. Bundu Tuhan dilihat membawa satu budaya politik yang lebih
matang dan harus dicontohi oleh penduduk di seluruh Malaysia.
4.0 Sistem
Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan
Fungsi
pemimpin-pemimpin kampung yang telah dijelaskan di atas yang melibatkan Ketua
Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung bukan hanya tertakluk dalam kawasan masing-masing
tetapi juga terlibat dalam pentadbiran atau pengurusan kampung Bundu Tuhan
secara keseluruhan. Kesemua pemimpin tersebut dengan beberapa pemimpin
jawatankuasa kampung terlibat dalam menguruskan kampung dan dikenali sebagai
Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu
Tuhan.
Rajah
1: Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan
Bumiputera Kg. Bundu Tuhan atau BTNRR[3],

Sumber: Diperolehi
daripada Johnny Ghani 19 Jun 2014.
Rajah 1 di atas
menunjukkan carta organisasi pentadbiran di Kg.Bundu Tuhan yang di kategorikan
kepada tiga bahagian utama mengikut hierarki iaitu Ruludan, Boyo’on dan Mosinggo’. Ruludan terletak dalam hierarki yang tertinggi dan
juga dikenali sebagai Mesyuarat Permuafakatan. Manakala kategori kedua iaitu
Boyo’on pula terbahagi kepada dua, meliputi Jawatankuasa Pemegang Amanah dan
Pemegang Adat. Kategori ketiga dalam heirarki pentadbiran Kg Bundu Tuhan ialah
Mosinggo’ dan kategori ini melibatkan empat kategori jawatankuasa yang
diwujudkan iaitu pertama Jawatankuasa Konservasi, Bombon Hutan, Sungai dan BioBudaya. Kedua adalah Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kampung,
Ekonomi dan Pelancongan, ketiga Jawatankuasa Perumahan dan Infrastruktur dan yang keempat
Jawatankuasa Padang Ragut, Pertanian dan Penternakan.
Ruludan (Mesyuarat Permuafakatan)
Mesyuarat
Permuafakatan merupakan heirarki atau kuasa
tertinggi dalam pentadbiran
Kg. Bundu Tuhan dan dianggotai oleh 51 orang ahli tetap yang dilantik
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bidang kuasa Mesyuarat
Permuafakatan atau Majlis Permuafakatan ialah
bertanggungjawab menggubal peraturan-peraturan pelan pembangunan kampung dan
pindaan-pindaan atau tambahan mengenainya. Contohnya melulus, meminda dan mentafsir
peraturan-peraturan pelan pembangunan kampung dan kandungan protokol Kg. Bundu
Tuhan. Selain itu, Majlis Permuafakan ini juga berfungsi melantik, mengesah dan
memperaku semua jawatankuasa
yang terdapat dalam sistem pentadbiran kampung serta menetapkan kuasa atau
had-had kuasa semua jawatankuasa. Contohnya, memperaku dan meluluskan
keanggotaan JKPA dan JK pemegang Adat dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya
serta apa-apa jawatankuasa yang akan ditubuhkan kemudian. Mesyuarat
Permuafakatan juga merupakan rujukan utama mengenai tafsiran-tafsiran dalam
protokol Kg. Bundu Tuhan (Dokumen BTNRR, 2015). Mesyuarat Permuafakan akan
dibuat bergantung kepada keperluan semasa. Tempoh Perlantikan keanggotan bagi
Mesyuarat Permuafakatan adalah seperti berikut;
I. Pengerusi Mesyuarat Permuafakatan - Lantikan
selama 3 tahun
II. Ahli tetap - Lantikan selama 3 tahun
III. Setiausaha dan urusetia - Lantikan semasa
IV. Lantikan akan tamat dengan sendirinya
jika penyandang meninggal dunia, ditamatkan melalui perakuan Mesyuarat
Permuafakatan, disabitkan kesalahan jenayah atau individu berkenaan menarik
diri dengan memberi notis berhenti.
V. Semua jawatankuasa yang dibentuk di
bawah Mesyuarat Permuafakatan hendaklah diberi surat pelantikan dan
diperbaharui setiap 3 tahun sekali.
VI. Korum Mesyuarat Permuafakatan adalah dua
per tiga dari bilangan ahli tetap (Dokumen BTNRR,
2015)
Jadual 7: Keanggotaan
Dan Bidang Tugas Ruludan (Mesyuarat Permuafakatan)
Keanggotaan
|
Kriteria
|
Kuasa Melantik
|
Ahli tetap - 51 orang
1 orang Pengerusi Mesyuarat
Permuafakatan (dipilih dari kalangan ahli tetap semasa mesyuarat persediaan
Mesyuarat Permuafakatan)
1 orang Setiausaha
(dilantik )
3 orang urusetia
(dilantik )
|
1.
AJK
Pemegang Amanah 21 orang,
2.
AJKKK
15 orang (5 orang AJKKK setiap kawasan)
3.
15
Wakil penduduk (5 orang wakil dipilih dari setiap kawasan Kg. Siba, Sokid
Kapatahan dan Gondohon)
4.
Wajib
Terdiri Dari Penduduk Tetap Kg. Bundu Tuhan Dan Bermastautin Di Kg. Bundu
Tuhan.
|
1.
Diperaku
dalam Mesyuarat Permuafakatan bagi KAN, KK, Pengerusi JKKK )
2.
wakil
kawasan dipilih oleh penduduk dalam kawasan (Sokid Kapatahan, Siba dan
Gondohon) dan diperaku dalam mesyuarat permuafakatan
|
Sumber: Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun
2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015
Boyo’on
Hierarki kedua
dalam sistem pentadbiran Kg. Bundu tuhan adalah Boyo’on. Keanggotaan Boyo’on
ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jawatankuasa Pemegang Amanah dan Jawatankuasa
Pemegang Adat.
Jawatankuasa Pemegang Amanah
Jawatankuasa
Pemegang Amanah dianggotai oleh 21 orang yang dilantik berdasarkan watikah perlantikan
kerajaan dan lantikan dari
cadangan Jawatankuasa Pemegang Amanah
yang diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan (Dokumen BTNRR, 2015).
Jawatankuasa Pemegang Amanah ini bertanggujawab dalam perkara yang melibatkan
kuasa melulus dan memperaku serta sumber rujukan aktiviti ekonomi, pembangunan
tanah, perumahan, pertanian, budaya dan adat resam berlandaskan peraturan
kampung dan pelan pembangunan kampung. Selain itu jawatankuasa ini juga
berperanan sebagai penjaga dan pemegang amanah kepada harta kampung (Dokumen
BTNRR, 2015).
Jadual 8: Keanggotaan Dan Bidang Tugas Jawatankuasa
Pemegang Amanah
Keanggotaan (21 orang Ahli)
|
Kriteria
|
Kuasa Melantik
|
1.
KAN,
WKAN, KK, (10 orang)
2.
Pengerusi
JKKK (3 orang)
3.
4
orang Mosinggo’
4.
4
orang wakil penduduk
5.
Wajib
Terdiri Dari Penduduk Tetap Kg.Bundu Tuhan Dan Bermastautin di Kg. Bundu
Tuhan
6.
Pengerusi
Jawatankuasa Pemegang Amanah dilantik melalui sokongan majoriti anggota
Jawatankuasa Pemegang Amanah dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan.
|
1.
Watikah
pelantikan oleh kerajaan bagi KAN, WKAN, KK, Pengerusi JKKK dan diperakukan
dalam Mesyuarat Permuafakatan
2.
4
orang wakil penduduk adalah individu-individu yang dicadangkan oleh
jawatankuasa Pemegang Amanah dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
3.
4
orang Mosinggo’ adalah pengerusi-pengerusi jawatankuasa yang diwujudkan atau
yang akan diwujudkan dalam sistem pentadbiran kampung
|
1.
Watikah
perlantikan oleh kerajaan (KAN, KK, Pengerusi JKKK) dan diperakukan dalam
Mesyuarat Permuafakatan
2.
4
orang wakil penduduk diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
3.
4
orang Mosinggo’ diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
|
Sumber: Temubual dengan Johnny Ghani, 19 Jun
2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015
Rajah 2: Carta Organisasi Jawatankuasa Pemegang Amanah
![]()
Pengerusi:
KAN Joseph Sangau
|
|||
![]()
Setaiusaha:
KK Radin Madili
|
![]()
Bendahari:
KK Sokuil Ladsau
|
||
AHLI JAWATANKUASA
|
|||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]()
JKKK
Damianus Andasi
Muyuk
|
![]()
Robert
Siam
|
![]()
Johnny Gani
Pengerusi Mesyuarat Permuafakatan/ Pegawai Perhubungan
|
|
Mosinggo’
1
|
Mosinggo’
2
|
Mosinggo’
3
|
Mosinggo’
4
|
Wakil
Komuniti 1
|
Wakil
Komuniti 2
|
Wakil Komuniti 3
|
Wakil
Komuniti 4
|
Jawatankuasa Pemegang Adat
Jawatankuasa
kedua dalam Boyo’on ialah Jawatankuasa Pemegang Adat. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh ahli seramai 10 orang yang dilantik oleh kerajaan dan
diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan (Dokumen BTNRR,
2015). Jawatankuasa Pemegang Adat bertanggungjawab sebagai sumber rujukan adat
resam, budaya dan menguatkuasa denda adat (sogit) apabila
berlaku pelanggaran adat dan ketidakpatuhan kepada peraturan-peraturan kampung
(Dokumen BTNRR, 2015).
Jadual 9: Keanggotaan Dan Bidang Kuasa Jawatankuasa
Pemegang Adat
Keanggotaan
(10 orang)
|
Kriteria
|
Kuasa Melantik
|
1.
Ketua
Anak Negeri (1 orang)
2.
Wakil
Ketua Anak Negeri (1 orang)
3.
Ketua
Kampung
(8
orang)
|
|
Watikah perlantikan oleh
kerajaan dan diperakukan dalam Mesyuarat Permuafakatan
|
Sumber: Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun
2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015
Rajah
3: Carta Organisasi Jawatankuasa Pemegang Adat
![]()
Pengerusi
KAN Joseph Sangau
|
||||||
![]()
Setiausaha
KK Radin Madili
|
![]()
Bendahari
KK Sokuil Ladsau
|
|||||
![]() |
||||||
![]()
WKAN
Patrick Sapiun
|
![]()
KK John Ewon Binti
|
![]()
KK
Gopod Gibot
|
KK
Sumbing Kunad
|
|||
![]()
KK
Gopog Godsung[4]
|
![]()
KK
Gahun Sabunting
|
![]()
KK Dimis Sumin
|
||||
Mosinggo’
Mosinggo’
terbahagi kepada empat jawatankuasa dan mempunyai bidang tugas atau fungsi yang
berbeza-beza. Kuasa Melantik keanggotaan dalam empat jawatankuasa tersebut
terletak di bawah bidang kuasa Mesyuarat Permuafakatan (Temubual dengan Johnny
Ghani, 19 Jun 2014). Walaubagaimanapun bidang tugas empat jawatankuasa tersebut
adalah tertakluk sepenuhnya kepada peraturan-peraturan kampung dan pelan
pembangunan Kg. Bundu Tuhan.
Jadual 10: Keanggotaan dan Bidang Tugas Mosinggo’
Nama
|
Bidang Tugas Utama
|
Keanggotaan
|
Kriteria
|
Kuasa Melantik
|
Jawatankuasa
Konsevasi, Bombon Sungai, Hutan
Simpanan dan Biobudaya
|
Mengurus pelaksanaan Bombon dan
sebarang kegiatan konsevasi
|
Adalah tidak ditetapkan, ianya
tertakluk kepada keperluan dan perakuan dalam Mesyuarat Permuafakatan
|
Wajib terdiri dari penduduk
tetap Kg. Bundu Tuhan dan bermastautin di Kg. Bundu Tuhan
|
Mesyuarat
Permuafakatan
|
Jawatankuasa[5]
Pembangunan Tabung Kampung,
Ekonomi Dan Pelancongan
|
Mengurus dan mentadbir Kewangan
(Tabung kampung) dan sumber-sumber yang menyumbang kepada tabung kampung
|
|||
Jawatankuasa
Perumahan Dan Infrastruktur,
|
Merancang dan mengurus tapak
dan kaedah pelaksanaan yang berkaitan perumahan dan infrastruktur.
|
|||
Jawatankuasa
Padang Ragut, Penternakan dan
Pertanian
|
Merancang dan mengurus tapak
dan kaedah pelaksanaan yang berkaitan padang ragut, penternakan dan
pertanian.
|
Sumber: Temubual dengan Johnny Ghani 19 Jun
2014 dan maklumat dari dokumen BTNRR, 2015
Rajah 4: Carta Organisasi
Jawatankuasa Konsevasi, Bombon Sungai, Hutan Simpanan dan
Biobudaya
Pengerusi
En. John Sugau
Merangkap
Pengerusi Bombon Hutan
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
|
|||||
Timbalan
Pengerusi
En. Richard Soibi
Merangkap
Pengerusi Bombon Sungai
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
|
|||||
Setiausaha
En. Michael Gopog
Sumber:
Jasmine Arinie Johnny
|
|||||
Ahli Jawatankuasa
|
|||||
Wakil
Sokid
|
Wakil
Siba
|
Wakil
Godohon
|
Kesimpulan
Organisasi Kepimpinan Masyarakat Bundu Tuhan
secara keseluruhannya memperlihatkan keunikannya yang tersendiri berbanding
dengan kawasan-kawasan lain di Sabah dan
umumnya di Malaysia. Sistem pentadbiran yang dibentuk dan
dilaksanakan adalah mengikut acuan dan kehendak penduduk kampung yang akhirnya
juga membentuk set peraturan mereka
sendiri. Peraturan-peraturan yang dibentuk walaupun berbeza dari
kawasan-kawasan lain di Malaysia tetapi ia tetap diterima pakai sebagai
peraturan semua penduduk atau orang luar yang datang dan bermastautin di Bundu
Tuhan.
Peraturan-peraturan yang dibentuk dan
dilaksanakan oleh penduduk kampung melalui pemimpin yang dilantik dalam
Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan
bertujuan untuk menjaga dan memelihara hak penduduk dan kawasan Kg. Bundu
Tuhan. Ini bermakna sebarang agensi kerajaan mahupun badan-badan swasta yang
datang untuk melaksanakan projek pembangunan atau melakukan pelaburan perlu
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penduduk kampung seperti mana dalam
buku Peraturan-peraturan Kampung Bundu Tuhan dan Pelan Pembangunan Kampung
Bundu Tuhan Ranau. Walaupun ada suara-suara pemimpin politik yang mengatakan
bahawa sistem yang wujud di Bundu Tuhan tu kadang-kadang akan menyukarkan
kerajaan untuk menyalurkan bantuan dan melaksanakan projek pembangunan tetapi
dalam masa yang sama sistem yang digunapakai oleh penduduk Bundu Tuhan juga
akan membantu mereka untuk mendapatkan perkara-perkara yang mereka ingini
berbanding perkara yang kerajaan inginkan. Di samping itu, sistem pentadbiran yang
dilaksanakan akan membolehkan penduduk kampung lebih faham dan jelas serta
terlibat dalam membuat keputusan dalam soal pentadbiran kampung mereka tanpa
bergantung semata-mata dari perancangan pemimpin politik sahaja.
Rujukan
Abdullah, Mohd Yusof
(2003) Keberkesanan Fungsi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Dalam Pembangunan Luar Bandar: Satu Kajian Kes. PhD thesis, Universiti Putra
Malaysia dalam laman sesawang http://psasir.upm.edu.my/10253/
Dokumen BTNRR
Tatacara Pentadbiran Dan Pengurusan
Bundu Tuhan Native Residential Reserve 2015. Tidak diterbitkan.
Laman Web Rasmi
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah http://ww2.sabah.gov.my/mlgh/PembantuMenteri_1.html
Temubual
Dominic Ghanie
Johnny Ghani
Joseph Sangau Sariman
[1] Artikel ini asalnya bertajuk ORGANISASI
KEPIMPINAN MASYARAKAT BUNDU TUHAN telah diterbitkan dalam buku Bundu Tuhan
Konteks dan Transformasi pada tahun 2017 oleh perpustakaan Negeri Sabah.
[2] Pada
Pilihanraya 2008 hanya wakil calon sahaja yang dipanggil untuk menyampaikan
manifesto dan bersoal jawab dengan penduduk kampung. Moderator dilantik oleh
Majlis Permuafakatan. Moderator pertama dan Kedua adalah Johnny Ghani. Sumber 28/03/2015.
Bundu Tuhan.
[3] Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Tanah
Simpanan Perumahan Bumiputera Kg. Bundu Tuhan juga dikenali sebagai Sistem
Pengurusan dan Pentadbiran Bundu Tuhan Native Residential Reserve (BTNRR)
[4] KK
Gopog Godsung telah meninggal dunia pada tahun 2013 tetapi penganti beliau
belum lagi dilantik secara rasmi
[5]
Menurut Johnny Gani 28/03/2015 Jawatankuasa Konsevasi, Bombon Sungai, Hutan
Simpanan Dan Biobudaya sahaja telah dibentuk. Jawatankuasa lain masih di bawah
tanggungjawab JKPA kerana organisasi jawatankuasa masih belum dibentuk sebabkan
beberapa perkara berkaitan fungsi masih lagi diperhalusi.
No comments:
Post a Comment